Sunday, 10 May 2015

Cara-cara Membuat Nasi Kacang Peas (Masakan Arab) Sangat Mudah dan Lazat

 


Bahan-bahannya:

1 kg beras basmathi/ beras biasa pun boleh
1 tin kacang peas Ayam Brand
2 sudu minyak zaitun
1 labung bawang besar dihiris dadu
1 ulas bawang putih dihiris nipis
Sehiris halia
Rempah kasar untuk tumisan
2 sudu besar butter/ minyak sapi
Secubit garam

Cara-caranya:

Basuh dan toskan beras. Cairkan butter/ minyak sapi. Tumiskan rempah kasar sehingga naik bau. Masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumis sehingga garing. Masukkan halia dan beras. Gaulkan beras tersebut sehingga kekuningan. Tambahkan air secukupnya dan tutup periuk. Masukkan garam dan gaul sehingga sekata. Setelah air mendidih, masukkan kecang pis dan gaulkan. Setelah nasi masak, letakkan 2 sudu minyak zaitun dan gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba..

P/S: Sedap dimakan bersama kari ayam/ daging atau ayam masak merah. Masakan yang sangat mudah, pantas dan lazat. Sesuai untuk dijadikan juadah pengantin atau di hari perayaan. Dahla resipi nya mudah, cepat pula tu. Kalau tetiba je ade saudara datang ke sahabat handai datang mengejut, terus boleh masak juadah ni. Sedap pun sedap. 

Saturday, 9 May 2015

Cara-cara Membuat Ketupat Sotong Ala Terengganu



Bahan-bahannya:

500g santan
200g beras pulut
7-8 ekor sotong saiz sederhana
4-5 biji halba
2 batang serai
2-3 ulas bawang merah dihiris nipis
Sehiris halia
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

Rendam beras pulut yang telah dibasuh ke dalam 200g santan. Simpan baki santan untuk dimasak kemudian. Perasakan santan dengan secubit garam, jangan sampai masin. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit.

Basuh dan toskan sotong. Sumbat sotong dengan beras pulut yang direndam tadi sehingga 3/4 penuh. Letak kepala sotong dan cucukkan dengan lidi secara memanjang dan menegak.
Setelah selesai letakkan di dalam periuk. Letakkan baki santan yang disimpan. Letakkan bawang, halia dan halba. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika ingin berkuah, letakkan sedikit air. Masak dengan api sederhana. Jangan terlalu perlahan kerana sotong akan menjadi keras. Masak selama 15-20 minit dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba...

P/S: Sedap dimakan diwaktu petang dan dihidang ketika panas..Rasanya mmmphh..memang two thumbs up..hehehe..

Tuesday, 21 April 2015

Depresi Di Kalangan Kanak-Kanak Membahayakan

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ramai antara kita yang tidak tahu bahawa depresi kanank-kanak wujud. Yang selalu kita dengar adalah depresi di kalangan remaja dan orang dewasa. Namun begitu depresi kanak-kanak adalah sangat membahayakan jika tiada langkah pencegahan dan rawatan awal.

Amat sukar untuk membezakan di antara depresi (kemurungan) atau kesedihan yang biasa tambahan pula simptom ini berbeza bagi setiap kanak-kanak. Kesedihan yang biasa adalah normal sebagai contoh kanak-kanak itu baru kehilangan haiwan kesayangannya, maka dia pun kan bersedih untuk seketika. Tetapi jika kesedihan/ kemurungan itu berlanjutan selama berminggu-minggu atau berbulan, sudah tiba masanya anda sebagai ibubapa memandang serius permasalahan itu dan membawanya untuk rawatan lanjut. Anda juga boleh meneliti simptom-simptom di bawah untuk mengenalpasti sama ada kanak-kanak sedang mengalami masalah depresi. Antaranya ialah:


  • Cepat marah
  • Perasaan sedih atau putus asa yang berlanjutan
  • Pengasingan diri
  • Peningkatan sensitiviti untuk menolak
  • Perubahan selera makan- sama ada meningkat atau menurun
  • Perubahan tabiat tidur- sama ada sukar tidur atau tidur berlebihan
  • Menangis dengan sekuat hati
  • Susah untuk menumpukan perhatian pada sesuatu perkara
  • Sentiasa keletihan atau tidak bertenaga
  • Sentiasa mengadu mengenai fizikal mereka (seperti sakit kepala, sakit perut dll) tetapi tidak bertoleransi dengan rawatan
  • Kurangnya kebolehan untuk berfungsi dalam apa jua aktiviti seperti dalam apa-apa majlis di rumah, bersama kawan atau di sekolah atau dalam hobi dan minat mereka
  • Merasa diri tidak berguna atau rasa bersalah
  • Pemikiran banyak terjejas/ konsentrasi berkurangan
  • Selalu berfikir untuk mati/ membunuh diri (jarang berlaku bagi kanak-kanak bawah 12 tahun)
Terdapat pelbagai faktor terjadinya depresi di kalangan kanak-kanak. Namun, pakar psikologi menyatakan bahawa ia terjadi kerana ketidakseimbangan bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmitter yang berfungsi untuk menghantar mesej kepada sel-sel saraf di dalam otak. Sebahagian dari bahan kimia ini seperti serotonin membantu menyeimbangkan 'mood'. Sekiranya bahan kimia ini tidak lagi berada dalam kedaan seimbang, kecelaruan 'mood' akan berlaku. Pakar masih belum dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian ini tetapi mereka percaya bahawa ia berkaitan dengan tindakbalas seseorang terhadap tekanan atau penyakit. Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko gejala depresi di kalangan kanak-kanak. Antaranya ialah:

  • Depresi selalunya diwarisi. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang mengalami depresi selalunya akan mengalami masalah depresi berbanding kanak-kanak yang mempunyaiibu bapayang normal. Pakar berpendapat faktor genetik ini dan kesan dari tinggalserumah dengan ibu bapa yang mempunyai masalah menjadi faktor utama
  • Depresi di kalangan kanak-kanak juga boleh dikaitkan dengan tekanan, masalah sosial dan konflik keluarga yang tidak diselesaikan. Ia juga dikaitkan dengan kejadian traumatik yang pernah dilalui mereka seperti, kekejaman, penderaan dan pengabaian terhadap diri kanak-kanak itu
  • Sesetegah corak berfikir dan cara mereka mangadaptasi diri terhadap sesuatu boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cenderung untuk menjadi depresi
  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan serius yang berpanjangan, masalah pembelajaran serta masalah kelakuan juga cenderung untuk menjadi depresi
  • Sesetengah ubatan boleh menyebabkan depresi sebagai contoh steroids atau narkotik yang digunakan untuk melegakan rasa sakit.Sebaik sahaja ubatan tersebut tidak diambil lagi oleh pesakit, simptom depresi ini biasanya akan hilang.
  • Alkohol dan penyalahgunaan dadah juga boleh mengakibatkan depresi di kalangan kanak-kanak.

Saudara/saudari, masalah depresi di kalangan kanak-kanak ini telah lama dikaji terutamanya di Barat. Ia tidak boleh dipandang enteng kerana hari ini 2 daripada 100 orang kanak-kanak mengalaminya. Ia akan berlanjutan sehingga kanak-kanak tersebut mengenjak ke usia remaja jika tidak dicegah dari awal. Pengabaian terhadap rawatan awal akan menyebabkan gejala ini sukar dibendung dan dirawat.

P/S: Artikel di atas adalah sebagai kesedaran. Anyway, kami dari pihak Admin ingin membuat pengumuman, kepada sesiapa ynag berminat untuk memesan Slurp Slurp Pudding, sila hubungi (call/ whatsapp) 017-3388028 atau emel ke slurp2pudding@gmail.com. Juga dibuka kepada pemborong. Puding ni puding ekspres tau. Just buka tudung and slurp kan saja. Ramai dah bagi feedback positif. Anda bila lagi?

Tuesday, 7 April 2015

Salam sayang semua..

Hari ini admin nak update serba sedikit tentang bisnes puding ekspress dari syarikat kami Rafiekama Ventures jenama Slurp Slurp Pudding.

Kami akan berikan anda hadiah misteri kepada sesiapa yang berjaya menarik 10 orang rakan anda untuk like page FB kami: Pembekal Slurp Slurp Pudding

Listkan nama-nama mereka kepada kami melalui emel kami iaitu slurp2pudding@gmail.com dan nyatakan nama penuh anda beserta alamat penuh untuk kami menghantar hadiah misteri. Tawaran sah sehingga 30 April 2015.


Hubungi kami untuk tempahan.Slurp Slurp Pudding sememangnya mudah, murah dan lazat. Sesuai untuk pelbagai acara seperti majlis perkahwinan/pertunangan/harijadi/sukan dan sebagainya.  





Ini adalah sampel packaging yang kami bekalkan untuk sekolah/kolej. Puding ekspres Slurp Slurp Pudding memang mudah, murah dan lazat. Layari FB page kami (Pembekal Slurp Slurp Pudding) untuk ketahui keterangan lanjut.


Pelbagai packaging menarik untuk pelbagai acara. Aneka perisa dan sangat lazat. Kegemaran kanak-kanak dan dewasa. Juga boleh dijadikan sebagai doorgift. Like FB page kami (Pembekal Slurp Slurp Pudding) untuk maklumat lanjut.

Thursday, 12 March 2015

Cara- Cara Membuat Puding Tauhu



Bahan- Bahan:

25 gram agar-agar kering
3.6 liter air
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4-5 ketul gula batu
2 sudu kecil esen vanila
1 tin buah-buahan campur (toskan buah dan simpan air buah untuk digunakan nanti)

Cara- Caranya:

Panaskan agar-agar di dalam air sehingga hancur. Masukkan gula batu (boleh tambahkan gula pasir jika ingin tambah kemanisan ikut citarasa) , susu pekat dan susu cair. Kacau sehingga sebati. Perlahan api dan biar hingga mendidih sekejap sahaja. Padamkan api dan biarkan suhu menurun sedikit. Masukkan esen vanila dan kacau hingga sebati.

Tuang ke dalam bekas dan biar separa pejal. Taburkan buah-buahan campur di atas puding. Cucuk puding perlahan-lahan menggunakan garfu dan letakkan air lebihan buah-buahan campur sedikit demi sedikit agar tidak merosakkan struktur puding dan rasanya. Sejukkan di dalam peti ais selama 15- 20 minit.
Selamat Mencuba!!

-Preciouslovey Fiya-

Mulakan dengan Bismillah Sudahi dengan Alhamdulillah

Salam Sahabat..

Sedar tak sedar, hari ini dah pun menganjak ke hari yang kedua belas bulan Mac tahun 2015. Apa pun yang kita lakukan, mulakanlah dengan Bismillah kerana ayat pertama yang ditulis dalam Kalamullah adalah Bismillahhirrahmanirrahim.

Kejayaan tidak akan datang bergolek- Ungkapan yang selalu kita dengar. Kita faham tapi kita tak mendalami maksudnya. Ramai orang nak kaya tapi tak buat apa-apa. Berharap, berharap dan terus berharap. Ada yang berdoa siang malam agar Allah merubah nasib hidupnya tapi hanya menunggu dan terus menunggu. Sahabat, doa tanpa tindakan adalah angan-angan. Seperti juga matlamat. Letaklah matlamat beratus-ratus mukasurat sekalipun, jika tidak disusuli dengan tindakan, maka ia tak ubah seperti angan-angan Mat Jenin.

Sesetengah antara kita pula sememangnya kaya dan berjaya tapi lupa nak mengucapkan Alhamdulillah. Terkadang sewaktu menilik rupa paras di cermin, membentak-bentak lagi. Hidung sengetla, mata tak cukup luas la, kulit kusamla, bentuk muka terlampau bulatla dan macam-macam lagi. Apa yang kita ada ini adalah anugerah dari Allah dan ia hanyalah pinjaman sahaja. Bila-bila masa Allah berhak menarik semuanya dari kita. Maka hendaklah kita mensyukuri apa yang kita ada. Jangan dipandang orang yang lebih hebat dari kita sebaliknya pandanglah mereka yang kurang bernasib baik nescaya kita akan jadi orang yang bersyukur dan sudahilah rasa syukur itu dengan ucapan Alhamdulillah. Latih diri untuk berkata, "Alhamdulillah, Allah sempurnakan wajahku." "Alhamdulillah, selesai kerjaku hari ini dengan jayanya"' "Alhamdulillah, rezeki hari ini berkat dan mencukupi" sebagai contoh. Allah berfirman dalam Surah Ibrahim, Ayat 7: "Barangsiapa yang bersyukur atas nikmatKu maka akan Ku tambah nikmat baginya berlipat ganda dan barangsiapa yang ingkar terhadap nikmatKu maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih." 

Jadi, sama-samalah kita memuhasabah diri. Mulakanlah segala sesuatu yang anda lakukan dengan Bismillah dan sudahi dengan Alhamdulillah. Moga-moga apa yang dilakukan akan diberkati dan makin bertambah rezeki setelah kita mensyukuri nikmat-Nya.

-Preciouslovey Fiya-