Saturday, 9 May 2015

Cara-cara Membuat Ketupat Sotong Ala Terengganu



Bahan-bahannya:

500g santan
200g beras pulut
7-8 ekor sotong saiz sederhana
4-5 biji halba
2 batang serai
2-3 ulas bawang merah dihiris nipis
Sehiris halia
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

Rendam beras pulut yang telah dibasuh ke dalam 200g santan. Simpan baki santan untuk dimasak kemudian. Perasakan santan dengan secubit garam, jangan sampai masin. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit.

Basuh dan toskan sotong. Sumbat sotong dengan beras pulut yang direndam tadi sehingga 3/4 penuh. Letak kepala sotong dan cucukkan dengan lidi secara memanjang dan menegak.
Setelah selesai letakkan di dalam periuk. Letakkan baki santan yang disimpan. Letakkan bawang, halia dan halba. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika ingin berkuah, letakkan sedikit air. Masak dengan api sederhana. Jangan terlalu perlahan kerana sotong akan menjadi keras. Masak selama 15-20 minit dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba...

P/S: Sedap dimakan diwaktu petang dan dihidang ketika panas..Rasanya mmmphh..memang two thumbs up..hehehe..

No comments:

Post a Comment