Salam Sahabat..
Sedar tak sedar, hari ini dah pun menganjak ke hari yang kedua belas bulan Mac tahun 2015. Apa pun yang kita lakukan, mulakanlah dengan Bismillah kerana ayat pertama yang ditulis dalam Kalamullah adalah Bismillahhirrahmanirrahim.
Kejayaan tidak akan datang bergolek- Ungkapan yang selalu kita dengar. Kita faham tapi kita tak mendalami maksudnya. Ramai orang nak kaya tapi tak buat apa-apa. Berharap, berharap dan terus berharap. Ada yang berdoa siang malam agar Allah merubah nasib hidupnya tapi hanya menunggu dan terus menunggu. Sahabat, doa tanpa tindakan adalah angan-angan. Seperti juga matlamat. Letaklah matlamat beratus-ratus mukasurat sekalipun, jika tidak disusuli dengan tindakan, maka ia tak ubah seperti angan-angan Mat Jenin.
Sesetengah antara kita pula sememangnya kaya dan berjaya tapi lupa nak mengucapkan Alhamdulillah. Terkadang sewaktu menilik rupa paras di cermin, membentak-bentak lagi. Hidung sengetla, mata tak cukup luas la, kulit kusamla, bentuk muka terlampau bulatla dan macam-macam lagi. Apa yang kita ada ini adalah anugerah dari Allah dan ia hanyalah pinjaman sahaja. Bila-bila masa Allah berhak menarik semuanya dari kita. Maka hendaklah kita mensyukuri apa yang kita ada. Jangan dipandang orang yang lebih hebat dari kita sebaliknya pandanglah mereka yang kurang bernasib baik nescaya kita akan jadi orang yang bersyukur dan sudahilah rasa syukur itu dengan ucapan Alhamdulillah. Latih diri untuk berkata, "Alhamdulillah, Allah sempurnakan wajahku." "Alhamdulillah, selesai kerjaku hari ini dengan jayanya"' "Alhamdulillah, rezeki hari ini berkat dan mencukupi" sebagai contoh. Allah berfirman dalam Surah Ibrahim, Ayat 7: "Barangsiapa yang bersyukur atas nikmatKu maka akan Ku tambah nikmat baginya berlipat ganda dan barangsiapa yang ingkar terhadap nikmatKu maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih."
Jadi, sama-samalah kita memuhasabah diri. Mulakanlah segala sesuatu yang anda lakukan dengan Bismillah dan sudahi dengan Alhamdulillah. Moga-moga apa yang dilakukan akan diberkati dan makin bertambah rezeki setelah kita mensyukuri nikmat-Nya.
-Preciouslovey Fiya-
No comments:
Post a Comment