Sunday, 10 May 2015

Cara-cara Membuat Nasi Kacang Peas (Masakan Arab) Sangat Mudah dan Lazat

 


Bahan-bahannya:

1 kg beras basmathi/ beras biasa pun boleh
1 tin kacang peas Ayam Brand
2 sudu minyak zaitun
1 labung bawang besar dihiris dadu
1 ulas bawang putih dihiris nipis
Sehiris halia
Rempah kasar untuk tumisan
2 sudu besar butter/ minyak sapi
Secubit garam

Cara-caranya:

Basuh dan toskan beras. Cairkan butter/ minyak sapi. Tumiskan rempah kasar sehingga naik bau. Masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumis sehingga garing. Masukkan halia dan beras. Gaulkan beras tersebut sehingga kekuningan. Tambahkan air secukupnya dan tutup periuk. Masukkan garam dan gaul sehingga sekata. Setelah air mendidih, masukkan kecang pis dan gaulkan. Setelah nasi masak, letakkan 2 sudu minyak zaitun dan gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba..

P/S: Sedap dimakan bersama kari ayam/ daging atau ayam masak merah. Masakan yang sangat mudah, pantas dan lazat. Sesuai untuk dijadikan juadah pengantin atau di hari perayaan. Dahla resipi nya mudah, cepat pula tu. Kalau tetiba je ade saudara datang ke sahabat handai datang mengejut, terus boleh masak juadah ni. Sedap pun sedap. 

Saturday, 9 May 2015

Cara-cara Membuat Ketupat Sotong Ala Terengganu



Bahan-bahannya:

500g santan
200g beras pulut
7-8 ekor sotong saiz sederhana
4-5 biji halba
2 batang serai
2-3 ulas bawang merah dihiris nipis
Sehiris halia
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

Rendam beras pulut yang telah dibasuh ke dalam 200g santan. Simpan baki santan untuk dimasak kemudian. Perasakan santan dengan secubit garam, jangan sampai masin. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit.

Basuh dan toskan sotong. Sumbat sotong dengan beras pulut yang direndam tadi sehingga 3/4 penuh. Letak kepala sotong dan cucukkan dengan lidi secara memanjang dan menegak.
Setelah selesai letakkan di dalam periuk. Letakkan baki santan yang disimpan. Letakkan bawang, halia dan halba. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika ingin berkuah, letakkan sedikit air. Masak dengan api sederhana. Jangan terlalu perlahan kerana sotong akan menjadi keras. Masak selama 15-20 minit dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba...

P/S: Sedap dimakan diwaktu petang dan dihidang ketika panas..Rasanya mmmphh..memang two thumbs up..hehehe..