Assalamualaikum w.b.t
Mungkin ramai antara kita yang tidak tahu bahawa depresi kanank-kanak wujud. Yang selalu kita dengar adalah depresi di kalangan remaja dan orang dewasa. Namun begitu depresi kanak-kanak adalah sangat membahayakan jika tiada langkah pencegahan dan rawatan awal.
Amat sukar untuk membezakan di antara depresi (kemurungan) atau kesedihan yang biasa tambahan pula simptom ini berbeza bagi setiap kanak-kanak. Kesedihan yang biasa adalah normal sebagai contoh kanak-kanak itu baru kehilangan haiwan kesayangannya, maka dia pun kan bersedih untuk seketika. Tetapi jika kesedihan/ kemurungan itu berlanjutan selama berminggu-minggu atau berbulan, sudah tiba masanya anda sebagai ibubapa memandang serius permasalahan itu dan membawanya untuk rawatan lanjut. Anda juga boleh meneliti simptom-simptom di bawah untuk mengenalpasti sama ada kanak-kanak sedang mengalami masalah depresi. Antaranya ialah:
- Cepat marah
- Perasaan sedih atau putus asa yang berlanjutan
- Pengasingan diri
- Peningkatan sensitiviti untuk menolak
- Perubahan selera makan- sama ada meningkat atau menurun
- Perubahan tabiat tidur- sama ada sukar tidur atau tidur berlebihan
- Menangis dengan sekuat hati
- Susah untuk menumpukan perhatian pada sesuatu perkara
- Sentiasa keletihan atau tidak bertenaga
- Sentiasa mengadu mengenai fizikal mereka (seperti sakit kepala, sakit perut dll) tetapi tidak bertoleransi dengan rawatan
- Kurangnya kebolehan untuk berfungsi dalam apa jua aktiviti seperti dalam apa-apa majlis di rumah, bersama kawan atau di sekolah atau dalam hobi dan minat mereka
- Merasa diri tidak berguna atau rasa bersalah
- Pemikiran banyak terjejas/ konsentrasi berkurangan
- Selalu berfikir untuk mati/ membunuh diri (jarang berlaku bagi kanak-kanak bawah 12 tahun)
Terdapat pelbagai faktor terjadinya depresi di kalangan kanak-kanak. Namun, pakar psikologi menyatakan bahawa ia terjadi kerana ketidakseimbangan bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmitter yang berfungsi untuk menghantar mesej kepada sel-sel saraf di dalam otak. Sebahagian dari bahan kimia ini seperti serotonin membantu menyeimbangkan 'mood'. Sekiranya bahan kimia ini tidak lagi berada dalam kedaan seimbang, kecelaruan 'mood' akan berlaku. Pakar masih belum dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian ini tetapi mereka percaya bahawa ia berkaitan dengan tindakbalas seseorang terhadap tekanan atau penyakit. Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko gejala depresi di kalangan kanak-kanak. Antaranya ialah:
- Depresi selalunya diwarisi. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang mengalami depresi selalunya akan mengalami masalah depresi berbanding kanak-kanak yang mempunyaiibu bapayang normal. Pakar berpendapat faktor genetik ini dan kesan dari tinggalserumah dengan ibu bapa yang mempunyai masalah menjadi faktor utama
- Depresi di kalangan kanak-kanak juga boleh dikaitkan dengan tekanan, masalah sosial dan konflik keluarga yang tidak diselesaikan. Ia juga dikaitkan dengan kejadian traumatik yang pernah dilalui mereka seperti, kekejaman, penderaan dan pengabaian terhadap diri kanak-kanak itu
- Sesetegah corak berfikir dan cara mereka mangadaptasi diri terhadap sesuatu boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cenderung untuk menjadi depresi
- Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan serius yang berpanjangan, masalah pembelajaran serta masalah kelakuan juga cenderung untuk menjadi depresi
- Sesetengah ubatan boleh menyebabkan depresi sebagai contoh steroids atau narkotik yang digunakan untuk melegakan rasa sakit.Sebaik sahaja ubatan tersebut tidak diambil lagi oleh pesakit, simptom depresi ini biasanya akan hilang.
- Alkohol dan penyalahgunaan dadah juga boleh mengakibatkan depresi di kalangan kanak-kanak.
Saudara/saudari, masalah depresi di kalangan kanak-kanak ini telah lama dikaji terutamanya di Barat. Ia tidak boleh dipandang enteng kerana hari ini 2 daripada 100 orang kanak-kanak mengalaminya. Ia akan berlanjutan sehingga kanak-kanak tersebut mengenjak ke usia remaja jika tidak dicegah dari awal. Pengabaian terhadap rawatan awal akan menyebabkan gejala ini sukar dibendung dan dirawat.
P/S: Artikel di atas adalah sebagai kesedaran. Anyway, kami dari pihak Admin ingin membuat pengumuman, kepada sesiapa ynag berminat untuk memesan Slurp Slurp Pudding, sila hubungi (call/ whatsapp) 017-3388028 atau emel ke slurp2pudding@gmail.com. Juga dibuka kepada pemborong. Puding ni puding ekspres tau. Just buka tudung and slurp kan saja. Ramai dah bagi feedback positif. Anda bila lagi?


